Saturday, 15 December 2012

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran














Friday, 7 December 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Thursday, 6 December 2012

Kuiz

TEKA SILANGKATA

CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA GANDA

Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada
melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti
yang berikut:-

1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata
   ganda separa.
      Contoh: Ke-kisi tingkap itu masih kukuh.

    2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama
        setara untuk menunjukkan makna jamak.
        Contoh: Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti
        baru setelah digilap.

    3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat
        apabila kata adjektifnya telah digandakan.
        Contoh: Baju-baju itu besar-besar belaka.

    4. Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda
        menyaling dalam ayat.
        Contoh: Mereka saling caci-mencaci.

    5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata
        ganda berima untuk menyatakan maksud darjah
        tertinggi.
        Contoh: Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana
        rambutnya kelihatan sangat kusut-masai.

LATIHAN 1

Pilih dan klik pada jawapan yang betul

Klik pada jawapan yang betul.


  1. Di bandar itu terdapat ___________dua puluh tujuh ribu orang penduduk.

    benar-benar

    entah-entah

    kira-kira

    kalau-kalau


  2. Mereka ke Pantai Morib untuk ___________.

    berduka-duka

    bersiar-siar

    bercita-cita

    bertalu-talu


  3. Lima orang adik-beradik itu ___________.Mereka tidak pernah berkelahi.

    berkasih-kasihan

    bertangis-tangisan

    bertikam-tikaman

    berjauh-jauhan


  4. Sampan itu hanyut ____________.

    terapung-apung

    berbelit-belit

    terhincut-hincut

    terburu-buru


  5. Semua orang menyediakan lampu suluh sebelum memasuki gua yang _____________.

    dekak-dekak

    hitam-hitam

    semak-samun

    gelap-gelita


  6. Budak yang beradab itu__________dimarahi oleh ibu bapanya.

    sekuat-kuat

    pura-pura

    jarang-jarang

    bukan-bukan


  7. Mereka membersihkan kawasan itu secara______________.

    tubuh-menubuh

    cerai-berai

    bergotong-royong

    tersipu-sipu


  8. .________________ ialah anak nyamuk.

    Kura-kura

    Patung-patung

    Rama-rama

    Jentik-jentik


  9. Pemuda itu sedang asyik ____________duitnya yang banyak itu.

    membelah-belah

    membilang-bilang

    mengusap-usap

    mengukur-ukur


  10. Mangga yang belum masak itu____________ belaka.

    masin-masin

    cetek-cetek

    tawar-tawar

    masam-masam


Another Quiz by QuizMaker

Wednesday, 5 December 2012

Padankan

GANDAAN BERIMBUHAN / MENYALING



·         GANDAAN BERIMBUHAN
1.Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan,akhiran, apitan atau sisipan.
2.Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh: ( Awalan )
*      tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya
Contoh: ( Akhiran )
*      buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian,kenang-kenangan
Contoh: ( Apitan )
*      bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
Contoh: ( Sisipan )
*      awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir
Contoh ayat :
1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.

·         GANDAAN MENYALING
1. Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
Contoh :
tahu-menahu                                    tolong-menolong                                             jahit-menjahit  
tarik-menarik                                     kejar-mengejar                                                                sulam-menyulam            
tawar-menawar                              kata-mengata                                                    sepak-menyepak            
karang-mengarang                          tari-menari                                                         tangis-menangis              
rampas-merampas                          tumbuk-menumbuk                                       simpan-menyimpan
Contoh ayat :
Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong 

GANDAAN BERIRAMA



·         GANDAAN BERIRAMA
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) dipangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang,beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
(b) persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
(c) penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping,dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Contoh ayat :
1. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
2. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat berkenaan.
3. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
4. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di negara ini.
5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.

GANDAAN SEPARA / SEPARUH



·         GANDAAN SEPARA / SEPARUH
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa:

bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum
jejentik
kekabu
kekisi
kekunci
kekuda
lelaki
lelangit
lelayang
pepejal
pepijat
rerambut
sesiku
tetamu

Contoh ayat :
  1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
  2. Peparu wanita itu berair.
  3. Bebuluh itu dibelah untuk dibuat lantai rumah.
  4. Ibu suka makan bebotok.
  5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.

GANDAAN SELURUH KATA


  • GANDAAN SELURUH KATA
Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tandasempang (-).
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada :

KATA NAMA
KATA KERJA
KATA ADJEKTIF
KATA KETERANGAN
Contoh:
gula-gula, buku-buku, kotak-kotak, murid-murid
Contoh:
jalan-jalan, baring-baring, makan-makan, main-main
Contoh:
bulat-bulat,manis-manis, lazat-lazat, gemuk-gemuk
Contoh:
awal-awal, terang-terang, sungguh-sungguh


Contoh ayat :
  1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
  2. Pahlawan itu handal-handal belaka.
  3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
  4. Undang-undang perlu kita patuhi.
  5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.

DEFINISI


  • Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.
  • Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.
  • Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.