·
GANDAAN BERIMBUHAN
1.Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah
dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan,akhiran, apitan atau sisipan.
2.Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh: ( Awalan )
tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh,
melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya
Contoh: ( Akhiran )
buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman,
sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian,kenang-kenangan
Contoh: ( Apitan )
bersalam-salaman, bercakar-cakaran,
keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya
Contoh: ( Sisipan )
awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik,
tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir
Contoh ayat :
1. Abu berangan-angan hendak
menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang untuk
mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian
tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu
diamalkan dalam masyarakat.
·
GANDAAN MENYALING
1. Gandaan Menyaling dibina dengan mengekalkan kata dasarnya
tetapi diikuti dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
Contoh :
tahu-menahu tolong-menolong jahit-menjahit
tarik-menarik kejar-mengejar sulam-menyulam
tawar-menawar kata-mengata sepak-menyepak
karang-mengarang tari-menari tangis-menangis
rampas-merampas tumbuk-menumbuk simpan-menyimpan
Contoh ayat :
Kedua-dua
orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong
Good,you helped me in my project.
ReplyDeleteterima kasih ya
ReplyDeleteterima kasih ya
ReplyDeleteGood, you help me in my homework
ReplyDelete